Home

Doa dan Zikir Selepas Solat Fardhu

Mulakan wirid dengan istifar.

“Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Kemudian baca: “Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.”

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya puji dan bagi-Nya kerajaan. Dia Maha Kuasa atas se-gala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau cegah. Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya (selain iman dan amal sholehnya). Hanya dari-Mu kekayaan dan
kemuliaan.”

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali
Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir
membenci.”

Bacaan Zikir

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Dan Allah Maha Besar. (Tiga puluh tiga kali). Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas setiap kali selesai solat (fardhu):

Membaca ayat Kursi (ayat ke 255 dari surah al-Baqarah) setiap kali selesai solat (fardhu):

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dia-lah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

 

 

Home

DOA SELEPAS SEMBAHYANG

DOA SELEPAS SEMBAHYANG

Alhamdulillah hirabil alamin, wasolatu wasala mu ala saiyidina
muhamadin asrafil mursalin, waala alihi wasahbihi ajmain.
Allahuma ahyina bil iman, waamitna bil iman, waadhilna jannata
maal iman. Allahumafil lana zunabana waliwadaina warhamhuma
kama rabbayana sohriraa. Allahumma timlana bihusnil hatimah wala
tahtim alaina bisu' ee haatimah. Rabana latuzikula bana bakda
izhadaina wahablana min ladun karahma inaka antal wahab.
Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil ahirati hasanatan waqina
azabananar. Wasalallahu ala saidina muhamadin waala alahi
wasahbihi wasalam. Walhamdulillah hirabbil alahamin.

Makna Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Home

SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN ALLAH

SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN ALLAH

  1. Berdoa dalam keadaan suci daripada hadath besar/kecil dan najis pada tubuh badan mahupun pakaian, bersih lahiriah serta batiniah.
  2. Memohon perkara-perkara kebajikan.
  3. Insaf serta rasa penyesalan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lalu.
  4. Memohon doa di waktu-waktu tertentu seperti selepas melakukan solat-solat fardhu, solat tengah malam atau hari Jumaat.
  5. Melakukannya dengan khusyuk, baik sangka dengan Allah.
  6. Hidup dengan makanan yang halal.
  7. Tidak meminta perkara maksiat.
  8. Menyeru nama-nama Allah yang munasabah dengan hajat yang diminta.
  9. Menggesa serta mengulang-ulang permohonan itu